Sunday, August 15, 2010

sequence shots!!

Juruterbang dan pembantunya sedang memanaskan udara di dalam belon sebelum ia dinaikkan ke udara semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya Mac lepas.

siri-siri gambar berturutan atau sequence picture adalah gambar yang memaparkan kronologi sesuatu perkara secara berturutan dalam menceritakan sesuatu peristiwa dan juga cerita. melalui gambar-gambar bersiri ini, pembaca dapat melihat aturan sesuatu peristiwa itu dalam jangka waktu yang ditunjukkan
.

Pengunjung sedang memerhati dari jarak dekat belon udara panas yang sedang dinaikkan ke udara semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya  Mac lepas.
Belon udara panas yang telah dinaikkan akan dikawal oleh penunu api yang akan mengawal suhu gas Helium semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya  Mac lepas.
Belon udara panas yg telah siap sedia untuk diterbangkan boleh memuatkan kira-kira 5 orang penumpang dewasa semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya Mac lepas.
Belon udara panas diterbangkan ke udara semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya Mac lepas.

No comments:

Post a Comment