Tuesday, August 31, 2010

Undang-Undang yang dipandang remeh!

Segelintir pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM)  sedang menunggu keadaan lalu lintas selamat untuk melintas di mana sebahagian pengguna jalan raya tidak memberi keutamaan kepada pejalan kaki apabila tidak memberhentikan kenderaan mereka.
Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang melintas jalan di hadapan Fakulti Bahaha Moden dan Komunikasi UPM tanpa mempedulikan keadaan lalu lintas manakala pengguna jalan raya pula tidak memberi keutamaan kepada pejalan kaki untuk melintas.

Sunday, August 15, 2010

sequence shots!!

Juruterbang dan pembantunya sedang memanaskan udara di dalam belon sebelum ia dinaikkan ke udara semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya Mac lepas.

siri-siri gambar berturutan atau sequence picture adalah gambar yang memaparkan kronologi sesuatu perkara secara berturutan dalam menceritakan sesuatu peristiwa dan juga cerita. melalui gambar-gambar bersiri ini, pembaca dapat melihat aturan sesuatu peristiwa itu dalam jangka waktu yang ditunjukkan
.

Pengunjung sedang memerhati dari jarak dekat belon udara panas yang sedang dinaikkan ke udara semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya  Mac lepas.
Belon udara panas yang telah dinaikkan akan dikawal oleh penunu api yang akan mengawal suhu gas Helium semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya  Mac lepas.
Belon udara panas yg telah siap sedia untuk diterbangkan boleh memuatkan kira-kira 5 orang penumpang dewasa semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya Mac lepas.
Belon udara panas diterbangkan ke udara semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya Mac lepas.

Monday, August 9, 2010

SALAM & WELCOME


salam..selamat datang ke laman  weblog berkaitan photojournalism dan anda akan di tayangkan dengan hasil cerita-serita berunsur tentang kewartawanan foto..tq.