Friday, December 31, 2010

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!! AFF SUZUKI CUP DALAM GENGAMAN

whew..rata2 blog dan FB(teruatamnya) sedang hangat memperkatakan mengenai kejayaan Malaysia memenangi SUZUKI CUP 2010..tahniah di ucapkan kepada pasukan malaysia dan aku personally nak salute kat sini kepada keeper harimau malaya..sapa lg kan..si Khairul Fahmi tu la..u've done a great job bro..

so bercerita pasal lepak d mana masa tgk bola ni..for d 1st time aku berpeluang pegi ke NIKE's private viewing party untuk lepak tgk bola malam tu..haha..mmg x bajet ada benda yg mcm tu..tp tiba2 sedara aku post kat FB ckp suh try nasib anta email akt nike..then dapat pegi pulak..bhahaha...kejadian ini berlaku di kawasan sekitar OU d damansara..(err..ok..aku dah blur..)

sekian..hoho


gadis2 bola..haha
(aku main candid je..tgk balik mmg dorg senyum tepat ke arah camera)

aidil zafuan..huh

joe flizzow (cmni ke eja nama dia??)





Sunday, October 17, 2010

ouhh !!

ouhh..blog ini sangat suram..mohon maaf..saya bukan blogger tegar..jadi saya agak jarang untuk mengabdikan diri kepada masa2 terluang dengan 'update'-ing blog ini...haha =)..

p/s--psstt..tapi..saya akan cuba untuk belajar menjadi blogger tegar kerana bila tgk balik..best jugak ber'blogging' ni..hahaha


Tuesday, September 28, 2010

persekitaran kita pekerjaan mereka

Kedatangan Ramadhan dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan peniaga dengan menjual kuih-muih sempena aidilfitri yang bakal kunjung tiba.


Kedatangan Ramadhan dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan peniaga dengan menjual kuih-muih sempena aidilfitri yang bakal kunjung tiba.



Dengan hanya berbekalkan bakat bermain gitar dan kelunakan suara yang ada, seorang pemuda gigih mencari rezeki untuk sesuap nasi di tengah-tengah kesibukan kotaraya

Dengan hanya berbekalkan bakat bermain gitar dan kelunakan suara yang ada, seorang pemuda gigih mencari rezeki untuk sesuap nasi di tengah-tengah kesibukan kotaraya

Dengan hanya berbekalkan bakat bermain gitar dan kelunakan suara yang ada, seorang pemuda gigih mencari rezeki untuk sesuap nasi di tengah-tengah kesibukan kotaraya

beriman dengan keimanan!

Adakah kita sudah melunaskan tanggungjawab kita dalam membayar zakat fitrah pada  Ramadhan kali ini.


Menutup aurat bagi wanita itu adalah satu kewajipan yang harus dipatuhi oleh setiap wanita namun tidak dihalang untuk mengadaptasikan konsep berfesyen.


Kewajipan menunaikan solat 5 waktu adalah tidak terbatas dengan sebarang halangan walaupon terpaksa menapak dalam cuaca yang panas menuju ke tempat ibadah.

Tuesday, August 31, 2010

Undang-Undang yang dipandang remeh!

Segelintir pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM)  sedang menunggu keadaan lalu lintas selamat untuk melintas di mana sebahagian pengguna jalan raya tidak memberi keutamaan kepada pejalan kaki apabila tidak memberhentikan kenderaan mereka.
Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang melintas jalan di hadapan Fakulti Bahaha Moden dan Komunikasi UPM tanpa mempedulikan keadaan lalu lintas manakala pengguna jalan raya pula tidak memberi keutamaan kepada pejalan kaki untuk melintas.

Sunday, August 15, 2010

sequence shots!!

Juruterbang dan pembantunya sedang memanaskan udara di dalam belon sebelum ia dinaikkan ke udara semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya Mac lepas.

siri-siri gambar berturutan atau sequence picture adalah gambar yang memaparkan kronologi sesuatu perkara secara berturutan dalam menceritakan sesuatu peristiwa dan juga cerita. melalui gambar-gambar bersiri ini, pembaca dapat melihat aturan sesuatu peristiwa itu dalam jangka waktu yang ditunjukkan
.

Pengunjung sedang memerhati dari jarak dekat belon udara panas yang sedang dinaikkan ke udara semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya  Mac lepas.
Belon udara panas yang telah dinaikkan akan dikawal oleh penunu api yang akan mengawal suhu gas Helium semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya  Mac lepas.
Belon udara panas yg telah siap sedia untuk diterbangkan boleh memuatkan kira-kira 5 orang penumpang dewasa semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya Mac lepas.
Belon udara panas diterbangkan ke udara semasa Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-2 di Putrajaya Mac lepas.